Saturday, July 30, 2011

ujian kehamilan

peringatan: tasneem belum nak dapat adik lagi..ini cuma perkongsian ilmu dan pengalaman.harap maklum..hehe


bukan saya punya..cuma gambar hiasan..
saya punya tak tau dah kat mana

pengalaman
pertama, biar saya cerita pengalaman saya dulu ye..saya pernah 2 kali kot buat urine pragnancy test ni...tapi 2 kali tu keputusannya negatif ye puan2...mungkin masa tu ada gangguan hormon yang menyebabkan period saya agak lambat...selepas daripada kejadian itu, saya tidak lagi memikirkan soal mengandung secara serius...saya biarkan saja dan teruskan rutin macam biasa.sehinggalah usia kandungan saya hampir 2 bulan baru saya sedar yang rupanya saya mengandung!

untuk membuat urine test ni, mawaddah dah pesan awal2 pada saya supaya ujian dibuat diawal pagi..saya ikut sahaja.bila dah buat dan keputusannya dah dapat, 1 masalah pulak timbul..garis kedua tu cair je..saya jadi tertanya2.."kalau cair ni mengandung ke?" bila tanya pada yang pakar,katanya betullah tu..mengandung..dan dia pun terang lah dengan menggunakan istilah2 perubatan yang saya kurang arif dengannya..tapi apa yang penting ialah syukur kerana akhirnya saya mengandung!!

cara ia berfungsi
sebenarnya urine pregnancy test yang kita selalu guna tu, bertujuan untuk mengesan kadar hormon hCG atau human chorionic gonadotropin yang terhasil dari uri sebaik sahaja berlakunya persenyawaan. kadar kepekatan hormon ini akan meningkat dari sehari ke sehari. jadi kalau ujian tu dibuat terlalu awal, mungkin alat tu tak dapat nak kesan hormon hCG ni.

masa terbaik untuk buat ujian ni lebih kurang 2 minggu lepas missed period..kiranya masa ni hormon hCG tu dah cukup pekat...tapi kenapa masa saya buat test tu cair je??agaknya alat saya tu kodi sangat kot..huhu kalau kurang daripada tu ada kemungkinan ujian yang dibuat akan menunjukan keputusan yang negatif.

tetapi, harus diingat ye puan2 sekalian, kalau masa ujian tu, tiba2 jalur yang keluar tu ala-ala malu nak keluar,(baca:cair) itu dah kira positif lah..anda mengandung!tahniah!!

cara guna yang betul
pastikan anda mengetahui cara yang betul bagi mendapatkan keputusan yang tepat.sebaiknya ujian dilakukan diwaktu pagi sebelum sarapan. ia bertujuan untuk mengelakkan air kencing menjadi cair. kencing yang cair akan mengganggu keputusan ujian tersebut.

harus guna midstream urine. caranya ialah, kencing dahulu sedikit dan kemudian tahan. kemudian tadahkan air kencing dalam bekas dan celupkan alat ujian dalam air kencing tadi. ada juga alat yang perlu dititiskan air kencing tadi pada tempat yang disediakan.


begitulah cara ia berfungsi dan cara yang betul bagaimana untuk menggunakan urine pregnancy test.
faham semua??ada soalan??
bagus...nampaknya semua dah faham..

6 comments:

  1. bagus :) perkongsian yang menarik.....

    ReplyDelete
  2. Laa.. Ingatkan ada good news td. Hehe. Apa2 pun thanks for sharing. Kot2 berguna next time. Hehehe

    ReplyDelete
  3. hehe...baru fhm cmne urine test tu bekerja...hehe

    ReplyDelete
  4. klu mlm air kncing kita tu dh bnyk gangguan..hehehe

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)