ustazah : ............(terima dengan insaf ....) ye ke?? (buat2 tak perasan)
****************
kisah benar
ini adalah kisah benar. situasi tersebut adalah berkenaan denga seorang guru yang telah mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam sebuah surau sekolah..guru tersebut masuk selepas semua murid2nya masuk. dengan keadaan murid yang sibuk bercakap, bermain dan bergurau..rupanya dalam ramai2 murid yang sibuk dengan hal masing2 tu, ada seorang yang perhatikan gelagat gurunya..maka terjadilah dialog diatas...
teguran ikhlas
teguran itu adalah teguran ikhlas dari seorang anak yang berhati luhur..yang jujur dalam bicaranya...maka wajarlah diterima dengan hati yang terbuka...sangatlah tidak wajar kalau guru tadi nak marah kerana ditegur oleh seorang anak kecil!
dan yang sebenarnya, guru tadi tak terfikir langsung yang gerak langkahnya diperhati sehingga begitu sekali..walaupun nampak kecil je kes masuk dengan kaki kiri tu,tapi itukan juga merupakan sunnah Rasulullah..kenapa perlu diperkecilkan?
didikan melalui tauladan
perkara pertama yang paling penting dalam sesuatu proses mendidik itu adalah didikan melalui teladan..kadang2 kita tak perlu cakap banyak pun..cukup dengan menjaga akhlak kita...dan orang yang melihat-tak kira siapa pun-mesti terpikat.
lupakah kita pada sirah?berapa ramai yang tertarik dengan islam hanya kerana terpesona melihat kesantunan peribadi dan akhlak Rasulullah...
sama juga dengan membentuk rebung2 muda-anak2 kita-dalam bab aurat contohnya, mungkin kita perlu menerangkan sedikit sebanyak tentang peri pentignya menjaga aurat, dan selebihnya adalah dengan menunjukkan contoh melalui kita sendiri..bermulalah dengan kita! kita mampu mengubahnya..insyaallah...
p/s: masuk ke tempat2 yang baik harus masuk dengan kaki kanan keluar dengan kaki kiri..INGAT TU!!!
No comments:
Post a Comment
jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)