anak-anak adalah permata ayah bonda
penghibur duka lara, menyejukkan mata
ibarat kain putih yang suci dan bersih
terpulang bagaimana untuk mencoraknya
tu adalah sebahagian dari lirik nasyid....
lirik yang mudah untuk difahami..
sepertimana juga yang disebutkan dalam hadis nabi..ibu bapalah yang bertanggungjawab mendidik anak2 ini...
satu petang, ketika makan pizza di kedai "pizza pah", kompleks PKNS bangi, ada tersedia majalah SOLUSI.
tak ingat edisi yang mana..tapi ada disentuh mengenai cara mendidik anak mengikut jantina mereka..ya..didikan yang diberi harus bersesuaian dengan jantina!!
untuk anak perempuan:
- didik mereka menutup aurat semenjak kecil. jangan memakai pakaian lelaki
- galakkan membuat kerja-kerja dalam rumah berbanding dengan anak-anak lelaki
- elakkan membeli alat permainan kanak-kanak lelaki seperti kereta mainan, robot, peralatan pertukangan, pistol senapang dan sebagainya
- latih bersopan santun dan lemah lembut
- terangkan kepada mereka tentang haid, nifas, kehamilan dan melahirkan anak apabila mereka akil baligh
- ajarkan kemahiran yang patut diketahui oleh seorang wanita seperti memasak, menghias dan mengemas rumah,menjaga anak kecil, menjahit dan asas rawatan kecemasan
untuk anak lelaki:
- latih sifat kepimpinan dalam diri mereka
- dekatkan mereka dengan masjid
- lebihkan gerak kerja yang lasak, outdoor dan berpanas
- latih mereka menjadi imam solat berjemaah
- ajarkan ilmu yang patut diketahui oleh seorang lelaki seperti membaiki paip yang rosak, memotong rumput dan berkebun, bertukang kayu, membaiki alatan elektrik, membaiki jentera motor dan sebagainya.
- elakkan membeli alat permainan untuk anak perempuan, seperti anak patung pinggan mangkuk dan sebagainya.
- galakkan mereka sertai kerja-kerja kesukarelawan seperti gotong royong dan lain-lain
- buat pasport antarabangsa untuk mereka dan cari peluang menghantar mereka keluar negara sama ada untuk belajar atau mencari pengalaman
ini adalah yang tersenarai dalam majalah tersebut..boleh dijadikan panduan kita bersama...
alololo tasneem..comelnye..mate bulat!
ReplyDeletebulat ek??hehe
ReplyDelete